Saturday, June 25, 2011

@ My Make-Over Project

Make over yang dibuat kali ini….menggunakan batu-batu Kristal dan manik-manik yang dijahit berjurai..sesuai dengan potongan tangannya….

Ini adalah baju asal, sebelum ditambah manik-manik...


Ini adalah hasilnya selepas itu…



Friday, June 24, 2011

@ My Collections 2011

Ini adalah bunga melur atau jasmine yang mempunyai kelopak bersusun………… menggunakan sequin biasa dan bentuk bunga …..





Saturday, June 18, 2011

@ My Collections 2011


Yang ini adalah bunga bakawali dengan menggunakan manik dan dedaun sequin yang dijadikan bunga serta daun… layan…………




Macam mana sama ke…..



Friday, June 10, 2011

@ HATYAI, THAILAND 3H2M 3-5/6/2011


Hari 1 ; 3/6/2011 Jumaat

Jalan-jalan kali ini, lain sikit… kalau sebelumnya semua ikut udara… tapi kali ini naik bas aje… sepanjang perjalanan di Negara Gajah Putih ini pasti mengujakan…





  
Singgah menikmati makan tengahari...







Sampai di Songkhla, terus dibawa ke kedai kacang….pelbagai jenis makanan ringan dijual disini…



Dan ais krim versi Thailand…



Selepas itu… kami di bawa check-in hotel, untuk berehat dan solat…
Ini lah hotel kami untuk 3 hari ini, Siam City Hotel………





Selepas itu… kami di bawa ke pasar terapung… gerainya dalam perahu ataupun sampan… macam-macam ada kat sini… dari makanan biasa ke makanan eksotik…










Suasana pasar pada waktu malam… meriah sekali…



Kemudian kami di bawa makan malam… kalau ke Thailand tidak sah, kalau tidak makan tomyam… itu lah hidangan makan malam kami…





Selepas makan malam…acara bebas... kami pun keluar meronda ramai-ramai ke Night Market berdekatan…

Kat sini semuanya besar-besar…buah nona besar…udang besar… botol coca-cola pun besar…





Hari 2 ; 4/6/2011  Sabtu

Selepas makan pagi, kami di bawa shopping ke Nora Plaza… banyak juga pilihan barangan yang disediakan untuk pelancong…


Kemudian kami di bawa jalan-jalan ke Samila Beach, salah satu tarikan pelancong iaitu pantai duyung…



Kemana kita lepas ini....tengok anak panah tu...


Tak kemana pun...kita nak pergi makan tengahari la....perut pun dah berkeroncong ni..... lepas tu acara bebas....


Nama lagi acara bebas...kami mengambil peluang untuk menaiki tut-tut Siam ni untuk ke pasar berdekatan...sambil menikmati suasana bandar Hatyai ni...




Hari 3 ; 5/6/2011  Ahad

Selepas makan pagi, kami bertolak pulang… selamat tinggal Hatyai…

Dalam perjalanan.... kami ditunjukkan tempat yang menjadi sejarah hitam pada orang Islam Thailand... dimana masjid tempat orang Islam dibunuh semasa mengerjakan solat....




Selamat Tinggal Pekan Golok....


-- TAMAT --