Friday, September 30, 2011

@ My 2011 Project

Bila dasarnya jalur digabungkan dgn bunga2 daisy yg cute…. Inilah hasilnya…




Friday, September 23, 2011

@ My 2011 Project

Bila sekuntum bunga jasmine berkembang di celah2 daun yg merimbun, maka beginilah hasilnya….




Friday, September 16, 2011

@ Selamat Hari Malaysia 2011

Hari ini, 16 September 2011 cuti lagi sempena dengan sambutan Hari Malaysia yang di sambut mulai tahun 2010 yang lalu. Marilah kita sambutnya dengan penuh kesyukuran dan jangan lupa untuk menabur bakti kepada Negara tercinta ini.


Hari Malaysia disambut bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 yang menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat berbilang kaum.

Bagaimanapun, penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrontasi ketenteraan di bawah slogan “Ganyang Malaysia” yang berlanjutan sehingga 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British.

Itulah serba sedikit info mengenai Hari Malaysia yang kita sambut pada hari ini, 16 September.

Friday, September 09, 2011

@ My 2011 Project

Berasaskan pada bunga2 yang terdapat pada kain…maka terhasilah bunga2 daisy yg cute ini….



 

Saturday, September 03, 2011

@ My 2011 Project

Bunga2 sakura yang berkembang mekar menjadi inspirasi kepada paten ini….. susunan sequin dwi warna dan dwi saiz……