Wednesday, May 11, 2011

@ Wartawan Veteran Aimi Jarr Meninggal Dunia

Pelakon veteran merangkap bekas wartawan hiburan Aimi Jarr telah meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati di sini pagi Selasa. Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar@Abdul Majid Bin Puteh adalah seorang pelakon dan penulis skrip semenjak tahun 1962.


Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga cahaya mata iaitu Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40 dan Romy Jarr, 34.

Beliau pernah memenangi anugerah ‘Penulis Lakon Layar Terbaik (Festival Filem Malaysia Ke-2 ) pada 1981 menerusi filem Dia Ibuku. Kali terakhir beliau membintangi filem pada tahun 2004, sebagai pelakon jemputan dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.


 Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang.

AL-FATIHAH