Hari 1 ; 3/6/2011 Jumaat
Jalan-jalan
kali ini, lain sikit… kalau sebelumnya semua ikut udara… tapi kali ini naik bas
aje… sepanjang perjalanan di Negara Gajah Putih ini pasti mengujakan…
Singgah menikmati makan tengahari...
Sampai
di Songkhla, terus dibawa ke kedai kacang….pelbagai jenis makanan ringan dijual
disini…
Dan
ais krim versi Thailand…
Selepas
itu… kami di bawa check-in hotel, untuk berehat dan solat…
Ini
lah hotel kami untuk 3 hari ini, Siam City Hotel………
Selepas
itu… kami di bawa ke pasar terapung… gerainya dalam perahu ataupun sampan…
macam-macam ada kat sini… dari makanan biasa ke makanan eksotik…
Suasana
pasar pada waktu malam… meriah sekali…
Kemudian
kami di bawa makan malam… kalau ke Thailand tidak sah, kalau tidak makan tomyam…
itu lah hidangan makan malam kami…
Selepas
makan malam…acara bebas... kami pun keluar meronda ramai-ramai ke Night Market
berdekatan…
Kat
sini semuanya besar-besar…buah nona besar…udang besar… botol coca-cola pun
besar…
Hari 2 ; 4/6/2011 Sabtu
Selepas
makan pagi, kami di bawa shopping ke Nora Plaza… banyak juga pilihan barangan
yang disediakan untuk pelancong…
Kemudian
kami di bawa jalan-jalan ke Samila Beach, salah satu tarikan pelancong iaitu
pantai duyung…
Kemana kita lepas ini....tengok anak panah tu...
Tak kemana pun...kita nak pergi makan tengahari
la....perut pun dah berkeroncong ni..... lepas tu acara bebas....
Nama lagi acara bebas...kami mengambil peluang
untuk menaiki tut-tut Siam ni untuk ke pasar berdekatan...sambil menikmati
suasana bandar Hatyai ni...
Hari 3 ; 5/6/2011 Ahad
Selepas
makan pagi, kami bertolak pulang… selamat tinggal Hatyai…
Dalam perjalanan.... kami ditunjukkan tempat yang menjadi sejarah hitam pada orang Islam Thailand... dimana masjid tempat orang Islam dibunuh semasa mengerjakan solat....
Selamat Tinggal Pekan Golok....
-- TAMAT --