Syukur
Alhamdulillah… hari ini kita menyambut Hari Raya Aidil Adha 2011…. diucapkan
selamat Hari Raya kepada semua umat Islam walau dimanapun berada…..
Hari
Raya Aidiladha atau Hari
Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh
dunia pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan
Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha
serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah
korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13
Zulhijjah.
Aidiladha
adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah
Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam
memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain
itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat
korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib
menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari
ke-13 Zulhijah.
Dari
segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud
menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin
mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari
Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada
kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah
merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya
Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang
Arafah, di luar bandar Mekah.