Monday, August 01, 2011

@ Salam Ramadhan 1432H Masihi / Ogos 2011

Hari ini 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H, bulan mulia yang paling dinanti. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan dari seribu bulan. Bulan yang dijanjikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda pahala dari bulan-bulan yang lain.
Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan dan keinsafan kepada semua serta mengukuhkan ukhwah yang terbina.
Oleh itu, selamat menjalankan ibadah puasa dan semoga ibadah kita diterima oleh-Nya….InsyaAllah.
Akhir sekali….. Semoga kita dapat penuhi bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Nya.