Monday, August 29, 2011

@ SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Alamak… sedar tak sedar… esok kita dah nak sambut raya dan sekaligus menandakan berakhirnya bulan Ramadhan  dimana dah sebulan kita berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun.
Hari Raya Aidil Fitri ataupun dikenali juga dengan Hari Raya Puasa disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Sembahyang sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat pula akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak lewat sedikit berbanding Hari Raya Korban. Kita disunatkan untuk makan sedikit sebelum menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri. Selain itu kita disunatkan juga untuk pergi dan balik daripada mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri melalui jalan yang berlainan.
Akhir kata sebelum entri ini berakhir, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog ini… Semoga Allah memanjangkan usia kita dan memberikan kita tubuh badan yang sihat untuk menjalankan suruhanNya.
Selamat MeYambut Lebaran
Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah…
Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN..

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti puasa itu dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan nilai puasa satu tahun (penuh)."
(Riwayat Muslim.)