Saturday, March 19, 2011

@ Disember 2010 : Ho Chi Minh City (HCM) 5H 4M (PART 2)

5/11/2010 3rd Day
Selepas breakfast hari ini kita orang dibawa ke My Tho, ibunegeri Tien Giang Province, yg mengambil masa perjalanan dalam 2 jam jalan darat dari HCM City ( itu kata guide, tapi dgn kelajuan 50km/jam di highway menjadikan perjalanan yg diambil adalah dlm 4 jam). Tapi sebelum itu sempat juga menikmati kopi Vietnam di kedai sebelah hotel yg menjadi penginapan kami.






Dari My Tho kita orang di bawa ke Qui Islet, disini terdapat pusat pemprosesan coconut candy dan kami juga dibawa kerumah Mr Nam Ngo’s menikmati honey tea. Selain itu kami juga dibawa merasai buah2an tempatan sambil menikmati alunan muzik Don Ca Tai Tu Nam Bo’, salah satu muzik tradisional Vietnam.

Akhir sekali kami dibawa menaiki sampan melalui alur sungai yg sempit dan dikiri kanannya dinaungi oleh pokok2 nipah, untuk di hantar ke bot yg membawa kami ke Qui Islet tadi. Setiap sampan dapat menampung 4 org penumpang dan dikemudi oleh 2 org pendayung, amat mencabar sekali perjalanan ini….



Selepas menikmati makan tengahari di Satay House kita orang dibawa shopping lagi, tapi kali ini di Binh Tay Market, pasar borong yg ada pelbagai barangan, tetapi tiada apa pun yg menarik kecuali kain pasang. Banyak jugak la membeli….

6/11/2010 4th Day
Aktiviti hari ini dipenuhi dengan shopping…kami di bawa ke Saigon Square, My Collection, Shopping Mall……
Selepas makan tengahari, kami juga di bawa ke Ben Thanh Market sekali lagi….beli apa yg tak sempat dibeli semalam….




7/11/2010 5th Day
Lepas breakfast hari ini kita orang bersiap untuk check-out dan terus ke airport….selamat tinggal Ho Chi Minh City….






 Bye-bye...