Monday, March 21, 2011

@ Sembah Takziah


Innalillahi wa inna ilahi rojiun..

Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada pukul 1.22 pagi ini.


Kemangkatan baginda, 78, diumumkan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.
 
Almarhum Tengku Bariah yang diputerakan pada 31 Ogos 1933 di Klang Selangor berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud yang pada masa itu bergelar Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda pada 22 Mac 1952 di Kuala Lumpur.

Almarhum selepas itu dikurnia gelaran Tengku Puan Muda oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 7 April 1954 dan dilantik menjadi Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979.

Semoga rohnya dicucuhi rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-fatehah...