Saturday, April 23, 2011

@ Mac 2011 Trip To New Delhi 5H4M (Part 3)

Hari-4 Sabtu 12/03/2011

Dah 4 hari di bumi India, pagi ini selepas breakfast di hotel kami dibawa ke Amer Fort  yang terletak di Amber (Jaipur). Amer Fort ni terletak di atas puncak bukit….

Semasa hampir sampai, kami melalui kawasan belon panas...yang sebelum ini hanya saya lihat kat dalam TV aje...sekarang kat depan mata....


Melalui celah-celah belon dapat dilihat Amer Fort dari kejauhan di puncak bukit sana...



Dari kaki bukit, kami menaiki gajah untuk sampai ke puncak Amer Fort dan turun semula dengan menggunakan Land Rover melalui jalan belakang yang sempit. 

Inilah suasana tempat menaiki gajah..kena beratur panjang….lebih sejam baru sampai giliran kami…..








 





Akhirnya.....sampai ke puncak.......Amer Fort......

Amber Fort terletak di Amber (Jaipur), yang digunakan untuk menjadi ibukota marga Kachhwaha, sampai Jaipur dibuat ibukota rasmi pada tahun 1727.Benteng Amber terlihat menakjubkan, semua built-in marmar putih dan batu pasir merah. Untuk menambah pesonanya, Maotha Tasik membuat latar depan nya. Gambar cermin kristal Benteng, pada masih air tasik, tampaknya menjadi ilusi indah. Amber Fort biasanya diucapkan seperti Amer Fort.Pada tahun 1592, pembangunan Benteng bermula oleh Raja Man Singh I. Namun, Benteng Amber mengambil bentuk yang sekarang pada masa pemerintahan Raja Jai Singh I.

Tampilan luar Benteng, yang kasar dan terjal benar-benar berbeza dari intinya.Bahagian dalam Fort memberikan suasana yang menenangkan dan hangat, yang paling diharapkan dari penampilan luarnya. Dekorasi luar biasa dari Amer Fort dipengaruhi oleh keduanya, cara Hindu dan Muslim ornamen. indah lukisan adegan perburuan di dinding menggambarkan temperamen dari Rajput, yang petualangan, revolusi dan memanjakan diri sendiri.












Walaupun jalannya sempit, hanya muat untuk sebuah kenderaan tapi tidak berlaku ‘accident’ pun…… perjalanan turun dari Amer Fort amat mangujakan kami…..al maklum lah jalannya ibarat lorong-lorong rumah setinggan…. 

Jam telah menunjukkan hampir pukul 3 ptg waktu tempatan…perut pun dah mula berkeroncong…. Kami di hantar pulang ke hotel untuk menikmati hidangan makan tengahari dan menunaikan solat dibilik penginapan sebelum keluar semula untuk shopping……….









Ini adalah hidangan makan malam terakhir kami sebelum berlepas pulang ke Malaysia esok hari…..



Masing-masing dah tak lalu nak makan….capati....nasi beriani….capati.....so malam ni…makan roti aje…..alamak kacang dal tumbuh pun jadi hidangan jugak ke……..


Dalam diam… rupanya selama 5 hari di sini…ada yang bawa bekal…sambal daging……..



Hari-5 Ahad 13/03/2011

Pagi terakhir di Jaipur, breakfast di hotel sebelum bertolak balik ke Delhi untuk penerbangan malam waktu tempatan. Perjalanan dari Jaipur ke Delhi mengambil masa dalam 5.5 jam / 265 km…..

Dalam perjalanan kami singgah sekejap di RnR.....untuk ke tandas.....



Kami menikmati makan tengahari di Delhi, restoran halal….chinese food. Dimana sekitar kawasan restoran tersebut di penuhi oleh anak-anak jalanan / pengemis yang mengambil kesempatan mendapatkan belas ikhsan dari pelancong seperti kami…. 



Makan tengahari selesai…..semuanya licin.....





Selepas makan tengahari kami sempat lagi ke salah sebuah kedai yang dibawa oleh guide untuk shopping……..sebelum itu kami di bawa keliling bandar untuk melihat India Gate, President House, Parliament House. Dimana setiap tempat tersebut sesak dengan orang ramai yang membawa keluarga bersantai memandangkan hari ini adalah Ahad, hari cuti.






Dan untuk solat Dzuhur / Asar…. kami di bawa ke masjid yang nampak dari luarnya tidak seperti masjid….




Makan malam juga Chinese food….di sebuah restoran halal sebelum kami dihantar ke airport untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur…..








Selamat Tinggal Bumi India…….




-- TAMAT --