Saturday, January 01, 2011

@ Mengapa Gadis Mengejar Lelaki Tua ?

Dlm dok tgh up-load gambar…terbaca pulok artikel berikut….
Mengapa Gadis Mengejar Lelaki Tua ?????
Lelaki tua lebih bahagia !!!
Itulah antara sebab kenapa ramai gadis sekarang lebih gemar mengejar lelaki ‘dewasa’. Bukan saja sebab faktor kestabilan ekonomi tetapi ingin berkongsi rasa bahagia yang dimiliki.
Tetapi menurut kajian ini, lelaki tersebut melewati usia 64 tahun!
Sanggup ke ?

Sementara wanita pula oleh kerana kurang mampu mencapai matlamat hidup membuatkan mereka kurang gembira pada penghujung usia, walaupun kehidupan mereka pada awalnya sangat bahagia pada waktu muda.
Sebaliknya bagi lelaki, semakin melewati usia senja, mereka lebih berpuas hati dengan kedudukan kewangan dan kepuasan berkeluarga, sekali gus menjadikan mereka lebih gembira.
  • Umur 41: Lelaki mula berasa puas dengan kewangan mereka melebihi wanita
  • Umur 48: Lelaki lebih bahagia berbanding wanita secara keseluruhannya dalam aspek kewangan
  • Umur 64: Kepuasan lelaki dalam berkeluarga melebihi wanita.
Kebahagiaan dan kepuasan dengan kehidupan diukur dengan jurang antara ‘apa yang anda kehendaki’ dan ‘apa yang anda miliki’.
Bagi wanita, anak-anak selalunya amat penting dan rasa bahagia terhadap anak lebih kuat daripada lelaki, disebabkan itu perasaan tersebut bertahan agak lama.
* Kajian Journal of Happiness Studies