Saturday, January 01, 2011

@ Penutup Yang GemilangTahun 2010

Tahun 2010 berlalu ngan pelbagai catatan indah dan tidak kurang juga yg mendukakan. Yg paling hangat sekarang ni bilamana Malaysia Berjaya menjadi juara AFF SUZUKI CUP 2010 pd malam 29hb.Disember 2010 selepas 14 thn mengharap. Dan seiring ngan tu lah juga nama Khairul Fahmi Che Mat tak lengkang dr mulut peminat bolasepak tanahair, lebih2 lg belah Pantai Timur …kerana penjaga gol Malaysia tu adalah kelahiran Kota Bharu, Kelantan – 07/01/1989. 

Tapi apa yg pastinya…semua pemain pasti tak dpt lupa bila mana terpaksa menaiki kereta perisai untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pd ari perlawanan….dan sebelum itu juga tiada latihan yg dibuat disana demi keselamatan pemain kerana penyokong Indon yg terlalu fanatik.
Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada skuad bolasepak Negara kerana telah membuktikan yg Malaysia mampu menewaskan Indonesia, 4-2 dan membawa pulang Piala AFF SUZUKI CUP 2010. MALAYSIA BOLEH !!!!

Penutup Yang Gemilang Bagi Tahun 2010 !!!!!!!!!