Sunday, January 02, 2011

@ Bila dah tiba waktunya !!!

Sekarang ni drama bersiri Tiramisu sedang ditayangkan di TV3 dlm slot Akasia…dan antara penonton setianya adalah aku….dlm dok syok melayan cerita yg baru aje beberapa episode ditayangkan dikaca TV3 tu…tiba2 dikejutkan dgn berita bahawa salah seorang pelakonnya telah meninggal dunia… Faizal Yusup, 33, pd tghari 1hb. Januari 2011…yg juga sebelum ini membintangi drama bersiri Adamaya dan Manjalara. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, jam 10 pagi ini. 
Teringat aku seketika, bahawa kematian itu sentiasa berada di sekeliling kita. Bila waktunya..kita sendiri tak tahu…mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan @ bila???? Yang pastinya kematian itu tidak tertakluk kpd umur, kesihatan dan tempat…..
Jadi sama2 lah kita perbanyakkanlah taubat dan beristifarlah selalu…., mohon keampunan dari Allah. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan hidup dunia mahupun akhirat. Amin yarabbal a’lamin.
Dan pd yg telah pergi, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga Roh mereka dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman oleh Allah S.W.T.
Al-Fatihah…