Monday, January 31, 2011

@ My Own Collections 7


Oleh sebab baju ni corak-nya hexsogan, so saya cuba buat design manik yg simple sesuai ngan paten baju…



Saturday, January 29, 2011

@ My 2010 Project

Ini adalah project terakhir untuk tahun 2010 yang lalu….



Saturday, January 22, 2011

@ My Own Collections 6

Paten2 untuk baju ni saya ambil inspirasi dr bentuk rama-rama….cantikkan bila tengok rerama berterbangan….










Sunday, January 16, 2011

@ Resipi Mee Udang Pulau Pinang

Rasa teringin pulok nak makan mee udang Penang….so search la resipi…jumpa satu…nampak sedap aje…. why not kita cuba this weekend....

Mee Udang Pulau Pinang


Penyediaan Kuah Mee Udang.
Bahan-bahan:
1. Ubi keledek kuning kemerahan     – 2 kilo (di rebus lembut, dibuang kulit dan di lenyek).
2. Udang Sederhana besar               – 1 kilo (dibuang kepala. Kepala udang digoreng tanpa minyak sehingga kemerahan. Rebus kepala udang kira-kira 20 minit. Sejukan rebusan dan mengisar rebusan air dan kepala udang tersebut sehingga halus. Tapis hasil pengisaran tersebut dan asingkan untuk menjadikan kuah mee udang.
3. Bahan Tumis kuah Mee Udang.
     a. Bawang Besar – 1  dihiris
      b. Bawang putih 5 ulas – dihiris halus
      c. minyak masak 4 sudu besar
      d. 80gm – 120gm cili giling atau cili kering yang dimesin (sila baca post terdahulu cara penyediaan  cili kering untuk  masakan – kepedasan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera). 
      e. Sos tomato – 2 sudu besar dan sos cili – 2 sudu.
Masukkan minyak masak dalam periok sedang. Apabila minyak mulai panas masukkan bawang putih, bawang merah; apabila naik bau harum masukan cili giling, cili sauce dan tomato sauce. Masukkan air rebusan kepala udang yang telah kisar dan tapis kedalam periok. Masukan ubi keledek yang telah lenyek kedalam periok. Kacau rata. Kepekatan kuah terpulang pada Ubi yang telah dilenyek. Sekiranya kuah nya pekat bolehlah ditambah air. Masukkan garam secukup. Kuah ini perlu sentiasa dalam keadaan panas untuk menjamu.

Penyediaan Mee:
1. Mee dihidangkan perlu direndam air panas untuk masak separuh dan apabila kuah yang panas di masukkan mee ini akan masak secukup sekiranya hidangkan untuk keluarga demi mementingkan kesihatan. Mee yang disediakan untuk dicelur dalam air yang panas memerlukan kemahiran. Untuk penyediaan dirumah;  Panaskan air dan sehingga mendidih. Tutup api dapur. Sebelum keluarkan mee dari bungkusan tepuk bungkusan mee ini dalam semua arah supaya mee ini tidak tergumpal. Keluarkan dari bungkusan dan menguraikan mee supaya gumpalan dileraikan. Masukkan kedalam air panas cuma 30 saat dengan serta merta keluarkan mee itu dengan menggunakkan penapis dan masukkan dalam besin yang disediakan dengan air sejuk (paip). Ini bertujuan mee itu tidak akan masak lagi dalam suhu kepanasan sendiri. Kelurkan mee tersebut dari besin apabila suhu kepanasan mee telah berkeadaan biasa (jangan terlalu lama ia kan menyebabkan mee tersebut menyerap air dalam besin tadi akan kembang). Toskan mee itu dan campurkan sedikit minyak masak supaya mee yang dimasak separuh masak tadi dalam keadaan asala dan juga tidak cepat kering kalau terbiar di atas meja. Wow! susah juga ya…tapi kita kalau cuba selalu ia akan menjadi mudah dan segala bahan kimia yang digunakan untuk pengawetan mee boleh dihindarkan demi kesihatan keluarga.

Mee yang telah ditoskan boleh dihidangkan dengan Udang yang  telah dikopek kepala…udang yang kopek kepala perlu direbus dengan air panas seketika sehingga bertukar menjadi merah. Elakan rebus terlalu lama ia akan menghilangkan kesegaran udang dan tektil yang terdapat di isi udang. Sayur sawi dan juga taugeh boleh direbus  dengan cara yang sama; apabila dikeluarkan udang tersebut tadi. 
Goreng Tauhu , Fish ball atau Fish kek. Potongkan ikut saiz kesukaan anda. Hidangkan dengan Bawang Goreng, hirisan cili merah,  daun bawang & sup dan potongan limau nipis dan telur rebus. Selamat mencuba. 

Catitan: satu kilo Mee untuk  10 – 14 orang dewasa . Anggaran kos: RM25.00 termasuk 1 kg udang berharga RM15.00
 

Saturday, January 15, 2011

@ My Own Collections 5

Baju ni adalah utk majlis hari raya puasa kat office thn 2010…




Tuesday, January 11, 2011

@ Resipi Puding Kastad

Hari ini saya ada beli bekas buat puding yang brand Tupperware….n saya pun cuba2 la search resipi puding kat internet utk dicuba…saya ada jumpa beberapa resipi yg nampak macam menarik aje….. 

Pertama : PUDING KASTAD COCKTAIL
 Puding kastad:
  • 6 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar susu pekat
  •  4 sudu besar gula
  • 1.5 liter air
 Kuah cocktail:
  • 1 tin cocktail (650g)
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak
  • 8 sudu besar gula atau mengikut citarasa
Untuk membuat puding kastad:
Masukkan tepung kastad ke dalam periuk bersama dengan air dan kacau sebati.
Kemudian tambahkan pula susu pekat dan gula.
Panaskan periuk di atas api yang sederhana.
Kacau sentiasa sehingga adunan pekat dan likat.
Angkat dan masukkan ke dalam acuan.
Sejuk bekukannya di dalam peti ais. 

Untuk memasak kuah cocktail:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Hanya perlu panaskan kuah ini sehingga  suam dan gula hancur.
Kemudian terus angkat.
Sejukkan juga di dalam peti ais.
Sedia dimakan bersama2 dengan puding cocktail.

Kedua : PUDING ROTI BERSOS KASTAD

Puding Roti Kismis (Kukus)
1.      8 keping roti high grain (potong kulit tepinya)
2.      400-500ml susu segar (rendah lemak :D)
3.      3 sudu besar gula perang lembut (soft brown sugar)
4.      2 biji telur - dipukul sebati
5.      Kismis/Sultanas
6.      Mentega/marjerin untuk menyapu roti
7.      1 1/2 sudu kecil esen vanilla

Sos Kastad
1.      400ml susu segar (low fat)
2.      2 sudu besar kastad
3.      1 1/2 sudu besar gula perang lembut
4.      1 sudu kecil esen vanilla

untuk menyediakan puding roti ;
1.      Campurkan telur yang telah dipukul sebati bersama dengan gula perang. Kacau sehingga gula hancur.
2.      Curahkan susu, dan esen vanilla. Kacau sebati.
3.      Tapiskan adunan ini dan Ketepikan.
4.      Sapu nipis mentega/marjerin pada kedua2 belah roti *Pastikan sapuan tersebut tidak terlalu banyak/ tebal*
5.      Kemudian potong empat roti tersebut.
6.      Sapu acuan dengan sedikit mentega.
7.      Tabur rata kismis di dasar acuan. Tutupkan dengan lapisan roti. Curahkan adunan susu sehingga ke paras roti.
8.      Tabur lagi kismis diikuti dengan lapisan roti dan curahan adunan susu. Ulangi sehingga semua bahan habis.
9.      Kukus puding ini lebih kurang 30minit atau sehingga masak.

untuk menyediakan sos kastad ;
1.      Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
2.      Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
3.      Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
4.      Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak
*puding ini boleh dimakan secara panas atau sejuk.

Ketiga : PUDING BUAH SOS KASTAD

Bahan puding
  • 10 gm agar agar serbuk
  • 6 gelas air
  • 1 tin fruit cocktail{asingkan airnya}
  • 1 helai daun pandan{simpulkan}
  • 2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu cair
  • pewarna.
Cara
  • masukkanserbuk agar agar,air dan daun pandan dalam periok,Masak hingga mendideh.
  • masukkan gula dan air dari fruit cocktail,biarkan mendideh lagi.
  • Tutup api dan buangkan daun pandan tadi.
  • Masukkan susu cairdan sedikit perwarna,dan kacau.
  • Masukkan dalam acuan atau loyang,sejukkan.
Bahan sos kastad
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 3 s/b tepung kastad
Caranya
  • Masukkan semua bahan dalam periok.
  • Masakkan dengan api yang sederhana sehigga mendideh dan nampak agak pekat dari sebelumnya.
  • Sejukan.
  • Hidangkan dengan puding dan juga fruit koktel tadi.